NEO R3 RACING

Hari ini (30 Mac 2010) Proton telah melancarkan kereta terbaru keluarannya ini. Majlis pelancaran ini diadakan di Pavilion,Kuala Lumpur. Nama baru kereta Proton ni adalah "PROTON SATRIA NEO R3 LOTUS RACING." Pergh! Nama pun dah panjang. Dah macam nama orang Melayu panjang dia. Hahaha. Satria Neo R3 ini merupakan keluaran Proton yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia dengan kerjasama Lotus. Apa yang istimewa sangat kereta Satria Neo R3 ni? Dari segi luaran memang nampak gempak! Mengidam siot nak beli kereta ni. Dengan kuasa enjin menghasilkan 145bhp dan 168Nm torque, Satria Neo R3 ini mampu memecut daripada 0-100km/h dalam masa hanya 9.2 saat! Pergh! Laju tu beb! Kalah Hussein Bolt! Wakakaka! Ok, kembali serius. Apa bezanya Neo R3 ni dengan Neo CPS yang lama? Ini detailing untuk kereta edisi terhad ni. Bacalah!


Ni gambar-gambar time perasmian oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pavilion.
(Jarno Truli pn ada beb!) haha!
DSC04457 DSC_0624
DSC04429 DSC04445
DSC_0632 DSC04441


ok.. Pasti ramai yang dah tergila-gila nak kan kereta ni..
Tapi, ada sedikit Fakta yang perlu kita tahu.

Perbezaan yang jelas antara Neo R3 dan Neo CPS:
Pecutan 0-100km/h : Neo R3=9.2 saat Neo CPS =10.5
Top Speed : Neo R3=200km/h Neo CPS=190 km/h

Dan perbezaan yang paling ketara ialah HARGA!
Proton Neo R3 Lotus Racing ni berharga RM115,000!
Lebih kurang 2kali ganda Harga Neo CPS yang lama! Mahal dok!!
Lagi satu,Kereta ni LIMITED @ dalam Bahasa Melayu nya, TERHAD! Cuma ada 25 buah je!
Dengan 11 daripada nya dah ditempah!
Sadis kan?
Melepasla nampaknya nak pakai kereta ni..
Hadoi~

Read more

NORMAL KE?

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..
Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”
cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “
Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk
membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

** Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..Jangan pikir 18SX jer?

ANDA MACAM MANA? saya normal…..hehehee?

Read more

BOLEHKAH MEMBUAT DUIT DENGAN BLOG?

Blogging memang menyeronokkan, kita boleh meluahkan rasa tak puas hati,mengumpat dan membuat fitnah kepada orang lain. Hahaha.. Tak kisahla korang nak buat apa dengan blog korang. Tapi yang pentingnya, kita blogging sambil buat duit. Hah! Tak ke seronok? Dah la mengumpat orang, merepek pasal diri sendiri dalam blog pastu dapat pulak duit! Pergh! Baik Dowh! So, macamana nak dapatkan duit daripada Blogging ni?

Langkah pertama: Buat Blog
- yela,kalau takde blog, macamana nak dapat pembaca. Betol? So, tak kisahla nak buat blog guna apa pun. Bagi yang amatur macam diriku ini, guna blogspot pun dah ok. Sebab PERCUMA.
- Alternatif lain buat blog ialah dengan menggunakan Wordpress.com dan bagi yang dah tahap dewa dalam blogging ni, diorang akan gunakan hosting dan domain sendiri.

Langkah kedua: Daftar diri pada Advertiser.

Its easy for bloggers to roll with Advertlets
-Dalam dunia online ni, banyak advertiser yang memang berminat nak gunakan blog-blog kita ni sebagai medium pengiklanan diorang. Syarikat besar macam Google menggunakan Adsense untuk mengiklankan produk pelanggan mereka. Dalam Malaysia ada dua syarikat pengiklanan yang famous. Advertlets dan Nuffnang. Pilih SATU sahaja antara mereka.


Langkah ketiga: Buat posting yang menarik dan dapatkan trafik sebanyak yang boleh.
-Elemen penting dalam blog mestilah isinya. Kandungan dalam blog mestilah menarik dan dapat menarik perhatian pembaca. Lebih ramai pembaca yang mengunjungi blog anda, semakin tinggi rating blog. Jadi,lebih berkesan pengiklanan yang ada dalam blog anda. Dengan ini, akan lebih ramai pengiklan akan menggunakan blog anda sebagai medium pengiklanan. So, pendapatan anda akan meningkat! Yeah!

Rasanya itu je langkah-langkah yang saya tahu setakat ini. Bukan mahu menunjuk pandai, tapi sekadar berkongsi pengetahuan. Tak salah kan?

Sama-sama kita blog, dan sama-sama kita untung. Mamu mesti Mari!!!


Read more

KEJATUHAN BRITISH



Kejohanan Terbuka Miami Sony Ericsson


Wahaha! seronoknya baca berita hari ini dalam www.tennis.com yang memaparkan kekalahan Andy Murray, pemain kelahiran Dunblane,Scotland yang kalah di tangan pemain Amerika Syarikat, Mardy Fish. Murray pemegang ranking no3 dunia ketika ini, tewas pada Fish dengan Straight Set 6-4, 6-4.


Pada hari sebelumnya, pemain pilihan ke-2 Novak Djokovic telah ditunjuk jalan keluar oleh Olivier Rochus , 6-2, 6-7(7), 6-4. Manakala pilihan pertama, Roger Federer telah layak ke pusingan seterusnya setelah menundukkan Nicolas Lapentti 6-3,6-3.

Prestasi Murray pada kejohanan ini semakin menunjukkan kemarau pemenang Grand Slam daripada British akan berlanjutan untuk tempoh masa yang agak lama. Kali terakhir pemain British memenangi Grand Slam adalah pada 73 tahun yang lepas, Fred Perry.


Read more

KECUNDANG


Pelumba keirin kebanggaan Malaysia selepas Josiah Ng, Azizulhasni gagal untuk melayakkan diri pada pusingan kelayakan suku akhir. Selepas tewas kepada pelumba Britain, Jason Kenny. Kekalahan ini bermakna Azizulhasni gagal mempertahankan pingat peraknya pada kejohanan yang sama tahun lalu. Walaubagaimanapun, anak kelahiran Dungun, Terengganu ini berpuas hati dengan pencapaiannya tahun ini.

Semoga Azizul lebih berjaya pada masa akan datang! Azizul boleh! yeah!
Muahaha!
Read more

BENJY PENGEDAR DADAH?



saat bahagia Benjy dan ibunya, Azean Irdawaty

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, ditahan semula bagi membantu siasatan polis mengenai tuduhannya yang dikatakan mengedar dadah. Ini berlaku berikutan penemuan makmal mini memproses dadah di kondominium yang disewanya di Kepong.

Azean Irdawati pelakon veteran terkenal yang juga merangkap kepada ibu beliau dikatan sudah membayar wang ikat jamin sebanyak RM2000 untuk membebaskan Benjy daripada ditahan. Tetapi apa yang berlaku selepas Kak Azean membayar ikat jamin tersebut, 2 orang polis datang menghampiri beliau dan berkata mereka terpaksa menahan Benjy semula.

Kekeliruan yang berlaku ini membuatkan Kak Azean bingung dan terpinga-pinga. Beliau yang ditemani oleh adik Benjy iaitu Elza Irdalyna menyatakan rasa tidak puas hati dengan layanan polis terhadap beliau. Situasi ini merumitkan lagi keadaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap Benjy. Sama ada Benjy bersalah atau tidak,kita sama-samalah berdoa semoga kenyataannya muncul jua nanti. Kepada Kak Azean, kuatkan iman dan semangat. Semoga Allah lindungi beliau.
Read more

AWESOME!

CHUCK! yeah! That is all this series about. A man namely Chuck Bartowski working as a seller in Nerd Herd Buy More in Burbank. Everything about him is normal. Accept he having a clumsy and dumbest friend, Morgan Grimes. (I don't know how they become bestfriend for 23years though.) Suddenly Chuck life turn into a miserable life(for him) when he received an email from his old pal back on Stanford College, Bryce Larkin. The email contained all the government secret. And all that HOLY secret directly being downloaded into his unique brain. With that, Chuck become the NEW INTERSECT himself. When life become a nightmare(for Chuck), a hot blonde girl CIA agent, step into his life. Which he finds himself fall in love with her afterwards. These strange relationship with the female agent, Sarah Walker make these series interesting and exciting! Its thrill man! damn it! ouh? sorry! A bit overacting there. U need to watch this series. Its as good as Prison Break. Except that Chuck has more humour sense compare to Michael. I love this series!
Read more
 

More and mOre coming! Design by Insight © 2009