BENJY PENGEDAR DADAH?



saat bahagia Benjy dan ibunya, Azean Irdawaty

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, ditahan semula bagi membantu siasatan polis mengenai tuduhannya yang dikatakan mengedar dadah. Ini berlaku berikutan penemuan makmal mini memproses dadah di kondominium yang disewanya di Kepong.

Azean Irdawati pelakon veteran terkenal yang juga merangkap kepada ibu beliau dikatan sudah membayar wang ikat jamin sebanyak RM2000 untuk membebaskan Benjy daripada ditahan. Tetapi apa yang berlaku selepas Kak Azean membayar ikat jamin tersebut, 2 orang polis datang menghampiri beliau dan berkata mereka terpaksa menahan Benjy semula.

Kekeliruan yang berlaku ini membuatkan Kak Azean bingung dan terpinga-pinga. Beliau yang ditemani oleh adik Benjy iaitu Elza Irdalyna menyatakan rasa tidak puas hati dengan layanan polis terhadap beliau. Situasi ini merumitkan lagi keadaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap Benjy. Sama ada Benjy bersalah atau tidak,kita sama-samalah berdoa semoga kenyataannya muncul jua nanti. Kepada Kak Azean, kuatkan iman dan semangat. Semoga Allah lindungi beliau.

0 comments:

Post a Comment

 

More and mOre coming! Design by Insight © 2009