KEJATUHAN BRITISH



Kejohanan Terbuka Miami Sony Ericsson


Wahaha! seronoknya baca berita hari ini dalam www.tennis.com yang memaparkan kekalahan Andy Murray, pemain kelahiran Dunblane,Scotland yang kalah di tangan pemain Amerika Syarikat, Mardy Fish. Murray pemegang ranking no3 dunia ketika ini, tewas pada Fish dengan Straight Set 6-4, 6-4.


Pada hari sebelumnya, pemain pilihan ke-2 Novak Djokovic telah ditunjuk jalan keluar oleh Olivier Rochus , 6-2, 6-7(7), 6-4. Manakala pilihan pertama, Roger Federer telah layak ke pusingan seterusnya setelah menundukkan Nicolas Lapentti 6-3,6-3.

Prestasi Murray pada kejohanan ini semakin menunjukkan kemarau pemenang Grand Slam daripada British akan berlanjutan untuk tempoh masa yang agak lama. Kali terakhir pemain British memenangi Grand Slam adalah pada 73 tahun yang lepas, Fred Perry.


0 comments:

Post a Comment

 

More and mOre coming! Design by Insight © 2009