Hari ini (30 Mac 2010) Proton telah melancarkan kereta terbaru keluarannya ini. Majlis pelancaran ini diadakan di Pavilion,Kuala Lumpur. Nama baru kereta Proton ni adalah "PROTON SATRIA NEO R3 LOTUS RACING." Pergh! Nama pun dah panjang. Dah macam nama orang Melayu panjang dia. Hahaha. Satria Neo R3 ini merupakan keluaran Proton yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia dengan kerjasama Lotus. Apa yang istimewa sangat kereta Satria Neo R3 ni? Dari segi luaran memang nampak gempak! Mengidam siot nak beli kereta ni. Dengan kuasa enjin menghasilkan 145bhp dan 168Nm torque, Satria Neo R3 ini mampu memecut daripada 0-100km/h dalam masa hanya 9.2 saat! Pergh! Laju tu beb! Kalah Hussein Bolt! Wakakaka! Ok, kembali serius. Apa bezanya Neo R3 ni dengan Neo CPS yang lama? Ini detailing untuk kereta edisi terhad ni. Bacalah!
Ni gambar-gambar time perasmian oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pavilion.
(Jarno Truli pn ada beb!) haha!
ok.. Pasti ramai yang dah tergila-gila nak kan kereta ni..
Tapi, ada sedikit Fakta yang perlu kita tahu.
Perbezaan yang jelas antara Neo R3 dan Neo CPS:
Pecutan 0-100km/h : Neo R3=9.2 saat Neo CPS =10.5
Top Speed : Neo R3=200km/h Neo CPS=190 km/h
Dan perbezaan yang paling ketara ialah HARGA!
Proton Neo R3 Lotus Racing ni berharga RM115,000!
Lebih kurang 2kali ganda Harga Neo CPS yang lama! Mahal dok!!
Lagi satu,Kereta ni LIMITED @ dalam Bahasa Melayu nya, TERHAD! Cuma ada 25 buah je!
Dengan 11 daripada nya dah ditempah!
Sadis kan?
Melepasla nampaknya nak pakai kereta ni..
Hadoi~

3 comments:
haha...mesti hilmi nangis nengok neo cps lotus pemende nih...gile gempak!!!!
mahal gilos.. haha.. wat racing..
proton, try market untuk lebih berani keluarkan prototype2 yang telah dihasilkan dalam proton sendiri,jika permintaan bertambah, insyallah, proton lebih berani untuk lancarkan model model yang lebih berkualiti dgn harga yang lebih tinggi sesuai dgn kualiti kereta... kemampuan proton menuju kepada syarikat gergasi pengeluaran kereta, dgn sokongn orang malaysia, proton lebih maju insyallah..........
Post a Comment